Repost: Perjalanan Membawa Pulang 'Berkat'
Posted by adi mujahid | Labels: Hikmah Kembara | Posted On Wednesday, September 2, 2009 at 9:53 PM
). Sampai di RA jam menunjukkan 10.15 pagi. Aku lewat 15 minit seperti waktu yang dijanjikan. Walaupun janji untuk bertolak pukul 10.00 pagi, macam biasalah, tunggu orang itu, tunggu orang ini, akhirnya aku, Apid, Hizam, Jemang dan Oq hanya berjaya bertolak pukul 11.30 pagi dari RA dengan menaiki kereta Proton Wira baru Apid.Perjalanan dari Petaling Jaya ke Muar ini mengambil masa hampir 3 jam dan kami sampai ke rumah 'Pak Lah' di Tangkak lebih kurang 2.15 petang. Di sini, sudah sedia menunggu 'segerombolan' lagi sahabat-sahabat seperjuangan. Kebanyakannya senior.Selepas selesai sesi 'usik-mengusik', solat jama' qasar dan mengalas perut dengan nugget, popiya kering yang lazat dan air merah jingga, kami bertolak ke rumah pengatin kira-kira pukul 3.00 petang.
Kami tiba di rumah pengantin perempuan kira-kira pukul 3.30 petang dan terus dijemput menjamu selera. Aku baru tahu budaya di sini berbeza sedikit dari negeri di sebelah utara. Pak Lah menerangkan di sini kebiasaannya ‘sampul duit’ dihulur kepada wakil tuan rumah sejurus sebelum pulang. Dan sesetengah tempat katanya tuan rumah itu membuka sampul melihat not duit yang diberikan. Peliknya… .Di negeri sebelah utara kami menghulur ‘sampul duit’ sebaik tiba dan bersalam dengan wakil tuan rumah. Tak pernah pula ada tuan rumah yang check not dalam tu. Nasib baik aku orang Perak=).
Aku sempat menoleh ke arah Kak Dijah dan aku ter’kesan’ melihat penampilan Kak Dijah yang sederhana. Solekan yang ringkas dan tak keterlaluan menyerlahkan keindahan dan kecantikan semulajadi yang terpancar dari wajah yang bercahaya. Mungkin terzahir dari wudhu’ dan solat yang terpelihara. Jarang aku melihat muslimat yang berwajah ‘original’ semasa di hari kenduri perkahwinan. Kebiasaanya, pengantin perempuan menjadi putih salju yang aku selalu istilahkan seakan-akan ‘patung’. Minta maaf jika ada yang terasa. Kata orang nak buat macam mana, banyak sangat mak-mak andam yang menolong. Dari kami sampai hingga saat hendak pulang, tidak pudar seri pengantin baru Kak Dijah yang sentiasa tersenyum.
Selesai sesi fotografi, kami bersalam dengan pengantin lelaki sebelum berangkat pulang. Sampai sekarang aku teringat kata-kata Ustaz Ramadhan semasa bersalam dengan kami : ‘ Cepat-cepat salam dengan ana ambil BERKAT. Insyaallah, pasni semua cepat’. ‘Aa..mennn…’ , kataku dalam hati
.
~ان العلم نور ونور الله لايهدى لعاصى~

Post a Comment